Kemelut rumah tangga bakal berakhir, Rossa Sera enggan bermusuh dengan Shuk Sahar, tiada masalah penjagaan anak


STATUS rumah tangga pelawak Shuk Sahar dengan isterinya yang dikenali sebagai Rossa Sera kini sudah berada di penghujung.

Mengakui sudah berbincang antara satu sama lain, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkata mereka kini dalam proses mencari persetujuan bersama.

Dalam hal ini, Sera berharap agar masalah antara mereka dapat diselesaikan tanpa sebarang persengketaan kerana enggan bermusuhan dengan suaminya itu.

“Sejujurnya sudah ada perbincangan antara saya dan Shuk. Tapi kami masih lagi mencari titik persetujuan bersama… masih berusaha untuk berbincang sebaiknya.

Sera

Rossa Sera berharap dapat selesaikan masalah dengan baik.

“Tapi apa-apa pun, kami serahkan kepada pihak berwajib bagi menguruskan segalanya. Sudah tentu saya berharap dapat selesaikan masalah ini dengan cara terbaik untuk kami berdua.

“Tak ada bersengketaan, tak nak bermusuhan. Tak ada lagi masalah-masalah di masa akan datang kelak,” kata Sera kepada mStar.

Sera berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai video memperlihatkan Shuk berada di sebuah mahkamah bersama peguam yang dimuat naik suaminya di platfrom TikTok pada Jumaat lalu.

Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

Pada Selasa lalu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Sera

Sera dan Shuk akan tetap jaga anak-anak mereka dengan baik.

“Apa yang saya harapkan selepas ini adalah saya dan Shuk tetap berusaha menjadi ibu dan ayah yang baik untuk anak-anak.

“Sebab kami masih mempunyai peluang untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak-anak kami. InsyaAllah bab jaga anak, saya dan Shuk tak ada masalah,” ujarnya.

Untuk rekod, Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu namun status rumah tangga mereka masih meninggalkan tanda tanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

“Aku bukan jodohnya” – Shuk Sahar muncul di mahkamah bersama peguam, beri bayangan rumah tangga berakhir

PELAWAK Shuk Sahar menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik video berada di sebuah mahkamah bersama seorang peguam di laman sosial Tiktok miliknya pada pagi Jumaat.

Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

“Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya,” tulis Shuk pada kapsyen video tersebut.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk mahupun isterinya, Rossa gagal apabila kedua-duanya tidak memberi respon terhadap mesej yang dihantar.

Shuk

Shuk bersama seorang lelaki yang dipercayai peguamnya.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat perjalanan hidup pasangan itu namun berharap pelawak itu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

“Moga menjadi pengajaran hidup bro dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu maha adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya.

“Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik.

“Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan,” komen beberapa netizen.

Pada Selasa lalu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

“Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

Shuk

Sera menganggap dirinya tidak dapat bahagiakan Shuk.

“Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

“Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia,” katanya.

Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November tahun lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Hanya berhubung soal anak-anak, Rossa Sera sudah letak noktah hubungan dengan Shuk Sahar

LEBIH setahun kemelut rumah tangga di antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera menjadi perbualan hangat masyarakat dan tidak kurang yang keliru dengan status sebenar pasangan ini.

Kedua-duanya dilihat meneruskan kehidupan masing-masing namun masih belum ada kata putus sama ada akan mengambil jalan berpisah atau pun kembali bersama.

Merasakan dirinya tidak lagi mampu memberi kebahagian buat Shuk, Sera meletakkan noktah terhadap hubungan mereka dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

sera 2

Sera ambil keputusan akhiri rumah tangga bersama Shuk.

“Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

“Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.

“Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia,” katanya ketika muncul dalam program Meletop pada malam Selasa.

Rumah tangga pasangan itu sebelum ini sering dilanda badai apabila pelawak itu didakwa bersikap curang terhadapnya.

Melihat apa yang berlaku sebagai satu ujian buat mereka berdua, Sera memberitahu dia sentiasa memberi kata-kata semangat buat Shuk untuk terus tabah berhadapan dengan dugaan.

“Ini juga ujian buat Shuk. Saya tidak pernah salahkan dia. Bukan senang dia nak lalui semua ini Sehingga sekarang saya masih memberi kata-kata semangat buatnya.

“Sepanjang berdepan dengan masalah ini, saya banyak mengadu dengan ibu bapa selain berserah kepada Allah untuk apa sahaja ketentuan-Nya. Saya perlu banyak bersabar,” katanya.

Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Isteri Shuk Sahar muncul di mahkamah sebab mahu selesai secara baik

PERKONGSIAN video memperlihatkan isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera berada di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta pada Khamis mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Menerusi video di Instagramnya itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah dilihat menuruni anak tangga dengan memakai jubah hitam sambil membawa sebuah fail.

Sera turut menyelitkan kata-kata yang dijadikan latar belakang dalam video itu berbunyi, ‘aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya’ menimbulkan spekulasi mereka sudah berpisah.

Sera 2
Antara komen netizen di perkongsian Sera di TikTok.

Malah, turut kelihatan seorang lelaki yang didakwa Shuk duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki Sera dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Sera ketika dihubungi mStar berkata dia memilih untuk mengunci mulut mengenai tujuan dia ke mahkamah dan identiti lelaki dalam kereta tersebut.

“Berkenaan saya pergi mahkamah dan dengan siapa saya pergi itu, saya rasa biarlah saya seorang saja yang tahu.

“Doakan yang baik-baik saja,” kata Rossa Sera secara ringkas ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, Shuk beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang terhadap isterinya, Rossa Sera dengan wanita bernama Farah Salleh.

Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Sementara itu, Sera yang kini bergelar usahawan turut memberitahu dia tidak mahu orang lain mengetahui apa yang dilaluinya.

Malah, Sera mahu mengambil apa yang berlaku secara positif dan menyelesaikan masalah dengan sebaik yang mungkin selain ingin mengutamakan dirinya dan anak-anak.

Sera 1
Shuk dan Sera mempunyai dua orang anak.

“Sesiapa yang diduga ujian macam ini, sudah tentu (terkesan mental dan fizikal). Kalau boleh biarlah saya dan Allah saja yang tahu macam mana la saya hadap.

“Saya cuba ambil yang positif dan cuba selesaikan mana yang terbaik. Yang paling penting, saya fikir untuk diri sendiri dan anak-anak,” ujarnya.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2

Netizen minta tip jadi lelaki curang, Shuk Sahar dedah hidup tak gembira menduakan isteri

DILABEL contoh lelaki tidak setia gara-gara sering dikaitkan dengan kontroversi curang, pelawak Shuk Sahar menerima banyak pertanyaan netizen yang meminta tip daripadanya.

Mengakui tidak gembira dengan apa yang berlaku terhadapnya, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, berkata, tindak tanduknya bukan sesuatu yang wajar dijadikan contoh dan ikutan.

“Apa yang saya boleh cakap, satu saja… tak best pun jadi macam aku… tak best, tak happy dan bukan satu benda yang elok.

Shuk 2
Status rumah tangga Shuk dan isteri masih menjadi tanda tanya.

“Yang mana nak minta tip curang, tak payah la. Itu yang hangpa tengok aku. Kebetulan aku, hangpa kenal dah boleh nampak apa benda yang aku buat.

“Boleh jadikan satu benda yang tak payah ikut pun,” kata Shuk.

Video Shuk berkongsi perkara tersebut menjadi tular di TikTok selepas netizen memuat naik di platfrom itu.

Sebelum ini, Shuk beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera dengan wanita bernama Farah Salleh.

Status rumah tangga Shuk dan Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.

Shuk 1
Shuk mempunyai dua orang anak perempuan.

Dalam pada itu, Shuk turut mengakui dia beberapa kali berlaku curang dengan wanita sama.

“Aku curang dengan orang yang sama beberapa kali. Mungkin ada orang curang dengan orang yang berlainan, orang tak tahu.

“Apa yang aku boleh beritahu, sejujurnya kalau ada keluarga, percayalah… tak payah la curang,” ujarnya lagi.

samber: mstar


Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*