Saya Ada Nampak Ratu Memang Ada Bakat Dalam – Anak Perempuan Jadi Perhatian, Que Haidar Terbuka Jika Mereka Aktif Seni


Pelakon, Que Haidar terbuka seterusnya tidak menghalang sekiranya dua anak perempuannya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra ingin menceburi bidang karier seni lakonan apabila dewasa.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata, sebagai bapa dia memberikan galakan sepenuhnya jika kedua anak perempuannya mahu menceburi bidang seni selepas ini.

“Saya ada nampak Ratu memang ada bakat dalam tarian, nyanyian dan juga lakonan daripada dia kecil lagi.

“Macam Cleo pula saya tak nampak lagi bakat dia ke arah itu, cuma saya lihat dia sekarang ada bakat melukis. Kadang-kadang berasa kagum apabila melihat semua hasil lukisan dia.

“Saya sebagai bapa, sudah semestinya akan sokong apa jua minat anak-anak. Saya juga akan cuba beri kepada mereka ruang untuk kenal pasti mereka punya minat, kelebihan dan bakat diri masing-masing.

“Sudah semestinya sebagai ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak-anak kita juga. Tetapi misal kata kalau salah nak masuk dalam industri hiburan tidak kira apa bidang sekali pun mahu lakonan, tarian atau nyanyian, saya akan sentiasa beri galakan,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 43 tahun ini berkata dia sebolehnya tidak mahu menghalang minat dan menentukan hala tuju masa depan anaknya.

“Sejujurnya, saya kalau boleh tidak mahu menghalang apa jua minat mereka.

“Saya juga tidak mahu untuk menentukan masa depan mereka. Oleh itu, saya cuba melihat potensi dan buka ruang untuk anak-anak.

“Jadi dengan pengalaman yang ada, saya berkongsi dengan mereka. Tiada istilah rasa ralat sekiranya mereka mahu menjadi pelakon,” katanya lagi.

Que mendirikan rumah tangga bersama guru tari, Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Tengku Ratu, 12 tahun dan Tengku Cleopatra, 10 tahun.

Dalam perkembangan lain, Que bakal muncul membintangi sebuah telefilem terbaharu berjudul Lebai Sampan yang akan disiarkan pada 9 Julai depan di saluran Astro Citra.

Selain Que, telefilem Lebai Sampan turut dibintangi pelakon hebat antaranya Jalil Hamid, Ruminah Sidek, Beto Kusyairy dan Puteri Balqis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di JOM VIRAL

sumber: media hiburan

 


Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*