Capai kutipan lebih RM50 juta, filem Mat Kilau bakal ditayangkan di Netflix


Terheboh Fenomena filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang hampir dua minggu ditayangkan masih lagi dirasai apabila banyak komen positif berhasil diterima daripada para penonton.

Filem ini yang mengetengahkan seni persilatan ini bukan hanya berjaya mendapat maklum balas baik daripada penonton, tetapi turut mengukir sejarah apabila berjaya mengutip RM50.1 juta selepas dua belas hari ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Terbaru juga , sutradara filem berkenaan iaitu Syamsul Yusof mengatakan Mat Kilau bakal ditayangkan di saluran Netflix selepas tamat tayangan di pawagam nanti.

“Pihak penerbit sudah pun mengadakan perbincangan awal dengan pihak Netflix.

“Namun, tarikh tayangannya mungkin lambat lagi,” katanya.
Pada masa yang sama juga, Syamsul juga menganggarkan filem arahannya itu boleh mencatat kutipan maksimum RM60 juta walaupun terdapat pihak mengatakan ia boleh mencapai RM80 juta hingga RM100 juta.

“Sejujurnya untuk Mat Kilau pergi ke situ agak mustahil. Lagipun saya tak letak sasaran jumlah kutipan sebanyak itu.

“Namun, setakat ini dengan kekuatan filem itu dan pawagam dijangka menayangnya untuk tempoh sehingga dua bulan, saya anggarkan ia mampu mencatat kutipan maksimum RM60 juta,” katanya.

Tercatat, Pengarah berusia 38 tahun itu berkata, filem tersebut agak mustahil untuk memperoleh kutipan sebanyak RM80 juta hingga RM100 juta buat setakat ini. Tambahnya, kutipan paling tinggi di pawagam Malaysia ialah filem Avengers: Endgame yang ditayangkan pada tahun 2019 dengan sebanyak RM87 juta.

Walaupun Pun begitu, Syamsul meluahkan kesyukuran kerana filem Mat Kilau berjaya mencipta sejarah sebagai filem tempatan paling laris sehingga menewaskan Munafik 2 pada 2018 sebanyak RM48 juta.
“Syamsul Yusof tewaskan Syamsul Yusof. Syukur. Ia memang berbaloi. Saya tak nafikan saya memang ‘mental’ nak siapkan filem ini,”ujarnya.

sumber: ohmybedia, Harlan metro
 


Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*