‘Sebenarnya Harga Biasa Shj’ -Aeril Zafrel Ada Jawab Dawaan Kata Dia Riyak BilaMakan Di Cef Salt Bae


BARU ini, Aeril Zafrel telah menjadi perhatian oleh warganet apabila dia ada memuat naik hantaran di laman sosial diInstagram akaun miliknya yang memaparkan harga makanan lebih RM10,000 ketika menikmati hidangan di Nusr-Et Steakhouse London milik cef terkemuka dunia, Nusret Gökçe atau lebih dikenali sebagai Salt Bae ketika bercuti di London, United Kingdom.

Ramai telah menganggap pelakon dan usahawan itu ber.sikap riyak selain ada pula menyifatkan amaun yang dibayar itu sebagai satu pem.baziran apatah lagi dengan ke.adaan ekonomi yang tidak menentu pada ketika ini.

Men.jelaskan mengenai perkara itu, Aeril atau Suhairil Sunari, 34, berkata, caj yang dikenakan mengikut nilai mata wang Pound Sterling sebenarnya berpatutan namun ia menjadi ma.hal apabila nilainya di.tukar kepada Ringgit Malaysia.

“Sebenarnya harga yang dikenakan biasa sahaja, te.tapi apabila kita tukar kepada Ringgit Malaysia yang rendah, maka nilainya sudah menjadi mahal. Pada saya stik yang dihidangkan memang terbaik dan saya belum pernah menikmati hidang seenak itu,jelasnya..

Aeril menikmati hidangan cef Salt Bae yang mencecah harga lebih RM10,000.

“Bayaran ma.kanan menjadi lebih mahal dis.ebabkan terdapat banyak caj tersembunyi Sebagai contoh bayaran untuk cef Salt Bae memotong daging dan aksinya menaburkan garam mempunyai kadar bayaran lain. Itu sahaja su.dah bernilai RM1,000,” katanya kepada wartawan mStar.

Aeril me.ngulas kun.jungannya ke restoran milik cef terkenal dunia itu ketika dia sedang bercuti bersama isteri, Wawa Zainal dan beberapa kenalan mereka di London, baru-baru ini ketika ditemui pada majlis tayangan filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! yang diadakan pada Rabu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu dia dikatakan riak, Aeril menyangkal dak.waan itu sebaliknya tujuan dia berkongsi kunjungannya ke restoran itu di media sosial adalah kerana ia detik manis dalam kehidupnya.

“Apabila kita bercuti ke luar negara, tentu kita akan me.muat naik gambar kerana ingin ber.kongsi di samping ia akan menjadi kenangan.

Memang kita boleh simpan di dalam telefon pintar, tetapi jika alat itu hilang, jadi kita masih boleh tengok di Instagram,” jelasnya yang tidak menolak akan kembali ke restoran cef terkenal itu di negara lain seperti Turkiye.

Sementara itu, Aeril turut mendedahkan kos percutiannya ke Switzerland juga menelan belanja RM40,000 untuk membayar tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan sebagainya.

Aeril dan Wawa bersama beberapa orang rakan lain bercuti ke luar negara baru-baru ini.

“Belanja agak mewah bukan sebab beli barang tetapi kerana segala perancangan dibuat saat akhir untuk membayar kos tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan sebagainya.

“Kami sendiri pun terkejut kerana perjalanan dari lapangan terbang ke tempat tinggal yang mengambil masa dua jam mencecah RM5,000. Bayaran untuk makan tengah hari sahaja untuk enam ke tujuh orang pun sudah RM1,000. Itu hanya untuk sekali makan,” jelasnya.

Se.benarnya kalau berkira san.gat masa pergi bercuti, baik tidak payah pergi dan duduk di rumah sahaja. Lagipun saya bukannya pergi setiap bulan ke sana

Aeril mem.beritahu dia merasakan tidak salah untuk mengeluarkan belanja besar untuk bercuti bersama isteri memandangkan dia sudah menyimpan wang berkenaan sejak pandemik melanda dunia.

Mem.andangkan dia sudah lama tidak membawa isteri bercuti ke luar negara, jadi dia mengambil kesempatan ini untuk menggembirakan insan ter.sayang dengan percutian ke Eropah.

“Kos bayaran itu pun seb.enarnya bukan saya tanggung seorang diri sebaliknya turut di kongsi ber sama rakan-rakan yang lain. Mu.ngkin perkara itu menjadi perhatian kerana saya seorang selebriti.

Aeril dan Wawa merakam momen indah ketika berada di Switzerland.

“Sebenarnya kalau berkira sangat masa pergi bercuti, lebih baik duduk di rumah sahaja. lagipun saya bukannya pergi ke sana setiap bulan. Tetapi percutian ini turut mengajar saya untuk buat perancangan lebih rapi sebelum berangkat.

“Selepas ini se.kiranya ada se siapa yang ingin berkunjung ke negara Switzerland, anda boleh membawa bekalan makanan segera untuk lebih jimat,” jelasnya lagi.

Beralih kepada soal kerjaya, Aeril mengharapkan sokongan penonton terhadap filem terbaharu lakonannya Musyrik-Api Neraka Menantimu yang akan mula ditayangkan pada 7 Julai 2022.

Sumber & kredit:mstar/trendingsangat


Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*