Ada Yg Cakap Dapat Byrn Tinggi Punca Jadi DJ Radio, Ini Jwpn Shuib Tentang Nilai Yang Ditawarkan


Petaling Jaya – “Ini bukan episod nak membalas d.endam.” Demikian kata Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin mengenai tanggapan yang timbul apabila Suria FM mengambil pelawak Shuib menjadi penyampai baharu stesen itu.

DJ Lin berkata, pihaknya tidak pernah memikirkan soal itu selain ia strategi untuk meningkatkan kedudukan stesen dan jumlah pendengar.

Saya mewakili pengurusan tak ada nak fikir balas d.endam. Biar orang buat kita macam mana pun, kena fikir positif. Paling penting kena jaga radio kita dengan baik, jaga kandungan kita dengan baik, jaga penyampai dengan baik, jaga kelakuan dengan baik dan dalam masa sama terus pancing lebih ramai lagi pendengar yang mungkin sebelum ini mendengarkan radio lain, pancing lagi dengar Suria FM.

Kredit Gambar

Bercakap adakah pemilihan Shuib untuk balas d.endam, bagi saya tak setuju dengan kenyataan itu. Kerana bagi saya, sebagai stesen radio swasta, sudah semestinya jumlah pendengar dan r.evenue sangat penting. Dua eleman ini saling berkait rapat. Memang menjadi satu kewajipan buat kami, saya dan pengurusan Suria FM.

Masa Untuk Saya Kembali

Sekian lama tidak terlibat dengan aktiviti seni sejak pemergian isteri tercinta, Allahyarham SitiSarah pada Ogos tahun lalu, pelawak Shuib menganggap sudah tiba masa untuknya kembali aktif.

Sebagai tanda dia sedia menerima lebih banyak tawaran, Shuib atau Shahmira Muhammad, 38, berkata kemunculannya sebagai penyampai radio Suria FM menerusi segmen Morning MorningSuria bermula 29 Ogos ini adalah permulaan.

Saya akui selepas isteri meni.nggal dunia, semangat saya hilang. Rasanya lama sangat saya tidur dan sekarang perlu fikirkan jalan untuk kembali bangkit.

Sebelum ini pun saya banyak tolak tawaran berlakon dan terlibat dengan mana-mana program televisyen. Bergelar penyampai radio kali ini adalah sebagai c.omeback buat saya.

“Insya Allah jika ada tawaran kerja yang sesuai selepas ini saya akan terima. Saya mahu kembali p.ush diri sebab rasa sudah tepu,” katanya.

Shuib ditemui ketika konsert Jelajah 90 Suria yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya pada Sabtu di mana acara tersebut sekaligus memperkenalkan namanya sebagai keluarga baharu stesen radio berkenaan.

Shuib akan bergandingan dengan Ajak dan Suraya Borhan mengendalikan segmen pagi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Menerima tawaran kali ini, Shuib juga menolak d.akwaan dia memberi kata setuju kerana menerima bayaran tinggi.

Saya berbincang dengan DJ Lin hanya sekali sahaja, sejak awal telah memaklumkan satu nilai untuk tawaran diberikan. Saya sendiri tidak menyangka diterima kembali bekerja dan sangat teruja untuk memberikan yang terbaik buat Suria FM.

“Syukur nilai cukup untuk saya dan anak-anak. Bagaimanapun saya bukan bekerja kerana wang. Ini adalah masa untuk saya kembali berkarya,” ujarnya.

Sementara itu Shuib juga akui bimbang untuk mewujudkan keserasian bersama dua rakan penyampai lain kerana ini adalah kali pertama dia bekerja dengan Ajak dan selain tidak pernah digandingkan dengan penyampai radio wanita.

Dalam masa sama, Shuib melihat SuriaFM merupakan sebuah stesen yang mempunyai potensi besar untuk terus berkembang di masa akan datang.

C.abaran utama kali ini adalah untuk mewujudkan keserasian antara rakan penyampai. Saya bimbang akan menyusahkan mereka dengan kehadiran saya sebagai pasukan baharu ini.

Sebelum ini saya pernah bekerja dengan stesen radio lain dan saya melihat Suria FM mempunyai potensi yang amat besar.

“Malah ketika berkhidmat di stesen radio terakhir, kami menjadikan Suria FM sebagai satu rujukan kerana berjaya menunjukkan peningkatan angka pendengar,” jelasnya.

Kredit : Mstar/HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*